PERANAN MAKANAN

PERANAN MAKANAN

a) Sumber nutrien

Nutrient yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh boleh didapati daripada bahan makanan seperti sumber haiwan dan tumbuhan.

Fungsi tubuh dari segi fizikal

  1.    Pertumbuhan
  2.    Pergerakan
  3.    Pemikiran
  4.    Pembiakan

Fungsi tubuh dari segi fisiologi dan kimia

  1. Penggunaan cecair
  2. Pembekuan darah
  3. Keaktifan enzim
  4. Pengawalan suhu tubuh
  5. Pengeluaran tenaga
  6. Sintesis proses tubuh

 

 

 

b) Perkembangan sosoial

 

Perhubungan antara individu amat penting bagi mewujudkan keharmonian. Keharmonian diperoleh daripada persefahaman dan perhubungan mesra. Contohnya, makan bersama keluarga dan rakan, memberi juadah kepada jiran atau menjemput jiran makan pada hari perayaan tertentu. Oleh yang demikian, makanan menjadi sumber untuk mengeratkan hubungan sosial antara individu.

c) Menggambarkan status kehidupan

 

Individu yang berjaya dalam kerjaya mempunyai pendapatan yang semakin bertambah dan mampu  membuat pilihan makanan dan tempat menjamu selera yang lebih mewah. Pilihan jenis makanan dan tempat menjamu selera bagi individu berpendapatan rendah berbeza dengan individu berpendapatan tinggi.

d) Ganjaran mempengaruhi tingkah laku

Tingkah laku yang merupakan sebahagian daripada personaliti dapat diperbaiki melalui makanan. Contoh, apabila seorang kanak-kanak bersikap positif, makanan yang digemari akan diberikan tetapi jika kanak-kanak itu bersiakp negatif, makanan yang digemari tidak akan diberikan. Sekiranya pengukuhan inbi dilakukan berulang kali, tingkah laku dapt diperbaiki dan personaliti akan berubah.

e) Mententeramkan fikiran

Ada individu yang mengawal emosi melalui makanan. Apabila mereka makan, ketegangan emosi dapat dikawal dan dikurangkan buat seketika.

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s