MAKANAN DAN PEMAKANAN

PENGENALAN

Keperluan yang penting perlu dipenuhi oleh setiap individu bagi meneruskan kehidupan.  Keperluan individu yang asas ialah keperluan primer seperti makanan, air, pakaian, tidur dan tempat kediaman. Individu juga perlu memperoleh keperluan sekunder seperti kasih sayang, penerimaan, penghormatan, dan pencapaian akademik.

Makanan merupakan keperluan fizikal yang terpenting. Tanpa makanan yang mencukupi dan kualiti makanan yang baik, kesihatan individu akan terjejas. Individu yang tidak makan dalam jangka masa tertentu akan kelaparan dan seterusnya boleh menyebabkan mati.

Kesempurnaan hidup akan terjamin apabila individu memperoleh keperluan primer dan keperluan sekunder. Keseimbangan keperluan ini amat penting bagi mewujudkan keselesaan hidup dalam komuniti yang dinamik. Keperluan ini berbeza antara individu. Antara faktor yang mempengaruhi keperluan tersebut ialah fisiologi, agama, budaya, dan geografi.

APAKAH MAKANAN?

Makanan ialah sesuatu bahan yang boleh dimakan yang berbentuk pepejal atau cecair. Makanan terdiri daripada pelbagai tekstur, rupa, dan warna. Rasa makanan seperti pahit, masin dan manisdapat merangsangkan selera.

KANDUNGAN MAKANAN

Makanan mengandungi komposisi elemen kimia yang disusun dengan pelbagai cara untuk membentuk molekul yang dinamakan nutrien. Bahan makanan akan ditukarkan kepada bahan asas nutrien melalui proses pencernaan sebelum diserap. Nutrien yang terdapat pada makanan ialah:

  1. protein
  2. karbohidrat
  3. lemak
  4. vitamin
  5. garam mineral

Pelawas dan air tidak termasuk dalam kumpulan nutrien tetapi penting dalam pemakanan dan proses perkumuhan.

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s