CONTOH SOALAN

1. Pengawalan suhu badan amat penting supaya tubuh badan boleh berfungsi dengan baik.Antara berikut makanan yang manakah tidak mengandungi sumber lemak dan karbohidrat yang BERFUNGSI
A.daging                         B.marjerin
B.bijirin                          C.ais krim

2. Apakah fungsi fibrin yang terbentuk hasil daripada adanya vitamin K dalam diet?
A.Membunuh kuman dalam badan.
B.berguna untuk pembekuan darah semasa kita luka.
C.membina berbagai jenis enzim.
D.mengekalkan suhu yang normal.

3. Protein mengandungi molekul yang kompleks terdiri daripada element berikut:
i.oksigen(O)
ii.karbon(C)
iii.hidrogen(H)
iv.nitrogen(N)
A.i dan ii                       B.ii dan iii
C.ii,iii,dan iv               D.semua di atas

4. Kekurangan protein boleh menyebabkan berikut kecuali:
A.Kwasyiorkor
B.tubuh kurang upaya melawan penyakit
C.sembelit
D.pertumbuhan terganggu dan terbantut

5. Manakah antara berikut merupakan asid amino penting untuk pembesaran kanak-kanak?
A treonina dan valina            B.histidina dan sisteina
C.lisina dan histidina             D.valina dan isoleusina

6. Karbohidrat mengandungi molekul yang terdiri daripada karbon,oksigen dan hydrogen.Fungsi karbohidrat adalah semua yang di bawah kecuali…
A.memelihara kesihatan kulit
B.menjimatkan penggunaan protein
C.membekalkan haba dan tanaga
D.mengawal penggunaan lemak dan protein

7. Berikut merupakan gula ringkas kecuali..
A.glukosa
B.Fruktosa
C.laktosa
D.Galaktos

8. Lemak terdiri daripada elemen…
i.karbon
ii.oksigen
iii.hidrogen
iv.nitrogen
A.i,ii dan iii                B.i,ii dan iv
C.i,iii dan iv               D.ii,iii dan iv

9. Lemak terdiri daripada kategori iaitu asid lemak tepu dan asid leak tidak tepu. Manakah padanan berikut tidak betul?
A.asid butarik(asid lemak tepu)                          B.asid oleik(asid lemak tidak tepu)
C.asid palmitik(asid lemak tidak tepu)             D.asid linolenik(asid lemak tidak tepu)

10. Yang manakh contoh berikut bukan terdiri daripada vitamin larut lemak?
A.retinol                         B.asid folik
C.menadion                   D.kalsiferol

11. Retinol disimpan di semua kawasan berikut kecuali…
A.jantung                        B.paru-paru
C.ginjal                             D.Hati

12. Apakah fungsi kalsiferol?
A.memelihara kesihatan kulit
B.membuat bahan rodopsin
C.mengawal pembentukan dan pemeliharaan membrain dan mukus di saluran pencernaan,penafasan dan perkumuhan.
D.membantu penyerapan kalsium fosforus untuk membina tulang dan gigi yang kuat

13. Vitamin B Kompleks terdiri daripada
i.Vitamin B₁(piamina)
ii.Vitamin B₂(riboflavin)
iii.Vitamin B₃(niasin atau asid nikotinik)
iv.asid folik
A.i sahaja
B.i dan iii
C.iii dan iv
D.semua di atas

14. Yang manakah di antara berikut bukan disebabkan kekurangan tiamina?
A.Radang saraf
B.Tidak selesa,hilang selera makan,letih,kurang konsentrasi dan kurang daya ingatan
C.selesema dan batuk kahak
D.penyakit beri-beri yang membuat badan pesakit bengkak-bengkak,berasa terlalu penat,kurang berat tubuh,lemah otot terutama pada kaki,buku lali dan pergelangan tangan

15. Garam mineral yang diperlukan dengan banyak oleh tubuh ialah…
A.kobalt(Co)
B.nikel(Ni)
C.sulfur(S)
D.Kromium(Cr)

16. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang contoh kadar metabolism asas?
i.remaja memerlukan 230 hingga 300 kiloJoule setiap jam
ii.lelaki dewasa memerukan 300 kiloJoule setiap jam
iii.Kanak-kanak memerlukan 100 kiloJoule setiap jam
iv.wanita dewasa memerlukan 250 kiloJoule setiap jam
A.i,iidan iii                      B.i,iii,dan iv
C.i,ii dan iv                     D.semua di atas

Soalan subjektif
1. Senaraikan dua fungsi utama protein?
2. Nyatakan dua perbezaan diantara protein lengkap dengan protein tidak lengkap?
3. Nyatakan perbezaan di antara monosakarida,disakarida,dan polisakarida.
4. Senaraikan tiga elemen yang terkandung dalam lemak.
5. Nyatakan sumber utama retinol?
6. Apakah yang akan terjadi sekiranya kalsiferol berkurangan dalam diet?
7. Terangkan tanda-tanda yang menunjukkan penyakit beri-beri.
8. Mengapakan berlebihan asid nikotin dalam diet tidak mendatangkan kesan?
9.  Nyatakan apakah yang akan terjadi pada tubuh sekiranya kalsium diambil berlebihan dalam diet?
10. Nyatakan apakah yang akan berlaku sekiranya iodin berkurangan dalam diet?

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s