VITAMIN

Vitamin ialah kumpulan bahan kimia yang dapat mengawal dan memelihara proses kimia untuk pertumbuhan dengan menggunakan nutrien yang diperlukan untuk fungsi tubuh.

Vitamin dibahagikan kepada:

1)      Vitamin larut lemak iaitu retinol, kalsiferol, tokoferol, dan menadion

2)      Vitamin larut air iaitu tiamina, riboflavin, dan asid nikotik, asid folik, asid pantotenik, dan asid askorbik

Vitamin larut lemak

Vitamin larut lemak terdapat dalam makanan yang berlemak dan disimpan di dalam hati. Vitamin ini tidak larut dalam air.

  • Retinol dan karoten (Vitamin A)

Retinol diperoleh daripada sumber haiwan. Karoten daripada tumbuhan ditukarkan kepada retinol semas aproses pencernaan. Retinol disimpan si dalam hati, ginjal, peparu, dan tisu lemak.

Fungsi retinol

1)      Membuat bahan rodopsin iaitu pewarna ungu di retina mata menjadikan mata dapat melihat apabila kurang terang

2)      Mengawal pembentukan dan pemeliharaan membran mukus di saluran pencernaan, pernafasan, dan perkumuhan

3)      Memelihara kesihatan kulit

4)      Mengawal pertumbuhan bahagian tulang dan gigi terutama pada oeringkat kanak-kanak

Kekurangan retinol

Kekurangan retinol menyebabkan:

1)      kerosakan pada mata mengakibatkan rabun malam dan kekurangan yang serius menyebabkan struktur mata menjadi rosak dan pecah dan seterusnya buta

2)      kulit dan membran mukus menjadi kering menyebabkan sistem pernafasan dan sistem pencernaan mudah dijangkiti penyakit

3)      pertumbuhan kanak-kanak terbantut

Berlebihan retinol

Berlebihan retinol menyebabkan keracunan darah yang mengganggu kesihatan kulit dan sendi-sendi terutama pada kanak-kanak.

Keperluan harian retinol

Keperluan harian retinol adalah mengikut kategori peringkat umur. Retinol hendaklah ditambah pada sajian bayi dan kanak-kanak untuk pertumbuhan. Susu ibu mengandungi bayak retinol. Oleh yang demikian, ibu yang menyusukan anak perlu menambahkan sumber makanan yang mengandungi retinol dalam sajiannya.

  • Kalsiferol (Vitamin D)

Kalsiferol diperoleh daripada sumber haiwan dan tindak balas cahaya matahari ke atas lemak yang terdapat di bawah lapisan kulit manusia

Fungsi kalsiferol

1)      Membantu penyerapan kalsium daripada makanan di usus kecil

2)      Membantu penggunaan kalsium dan fosforus untuk membina tulang dan gigi yang kuat

Kekurangan kalsiferol

Kekurangan kalsiferol menyebabkan:

1)      penyerapan kalsium dan fosforus pada usus kecil berkurangan, menyebabkan kekuatan gigi terganggu

2)      orang tua dan dewasa mungkin mengalami osteomalacia tulang menjadi rapuh dan mengecut terutama tulang belakang, bongkok dan ketinggian berkurangan

Berlebihan kalsiferol

Kalsiferol berlebihan akan membahayakan tubuh kerana kalsium akan diserap berlebihan ke dalam darah dan mendak di dalam peparu dan ginjal dan dapat merosakkan organ-organ tersebut. Tanda awal yang menunjukkan kalsiferol berlebihan ialah hilang selera, selalu dahaga dan letih

Keperluan harian kalsiferol

Pengambilan makanan yang mengandungi sepuluh i.u kalsiferol adalah mencukupi untuk keperluan harian kerana kalsiferol dapat dihasilkan di bawah kulit.


  • Tokoferol (Vitamin E)

Tokoferol diperoleh daripada lemak, bijirin, sayur-sayuran hijau, kekacang dan kacang. Tokoferol dimusnahkan oleh pengoksidaan lemak dan cahaya ultralembayung.

Fungsi tokoferol

Bertindak sebagai bahan antioksida untuk mengelakkan pencemaran makanan. Tokoferol mencukupi untuk tubuh jika diet seimbang diamalkan.



  • Menadion (Vitamin K)

Menadion dihasilkan oleh bakteria daalm usus besar dan diperoleh daripada sumber tumbuhan. Vitamin ini sangat sensitif kepada cahaya pancaran, alkali, dan asid tetapi haba lembap dan kering tidak merosakkannya.

Fungsi menadion

Membantu pembinaan protrombin yang bertukar kepada bahan aktif trombin dengan adanya kalsium. Trombin diperlukan untuk pembentukan fibrin iaitu sejenis protein yang menjadi asas bagi pembekuan darah.

Keperluan harian menadion

Keperluan harian menadion adalah sedikit sahaja dan usus besar dapat menghasilkannya.

Kekurangan menadion

Kekurangan menadion menyebabkan darah tidak mudah beku dan pendarahan dalaman akan berlaku. Darah lambat beku kerana kekurangan protrombin.

Vitamin larut air

Vitamin larut air tidak boleh disimpan dalam tubuh. Vitamin larut air ialah Vitamin B Kompleks dan Vitamin C. Vitamin larut air yang berlebihan tidak memberi kesan keran vitamin ini akan dikumuhkan.

Vitamin B Kompleks

Vitamin B Kompleks terdiri daripada:

  • Vitamin Bյ     (tiamina)
  • Vitamin Bշ     (riboflavin)
  • Vitamin Bპ     (niasin atau nikotinik)
  • Vitamin Bб     (piridoksin)
  • Vitamin Bյշ     (kobalamin)
  • Asid folik

  • Tiamina (Vitamin Bյ)

Tiamina cepat larut di dalam air dan senag dimusnahkan oleh haba dan alkali semasa penyediaan dan penyimpanan makanan.

Fungsi tiamina

1)      Menjadi koenzim untuk pencernaan dan penyerapan karbohidrat

2)      Mengawal pertumbuhan yang normal pada kanak-kanak

3)      Membantu fungsi sistem saraf

Keperluan harian tiamina

Kanak-kanak yang sedang membesar dan ibu yang menyusukan memerlukan lebih tiamina kerana mereka memerlukan banyak tenaga. Ketika sakit, badan memerlukan lebih tiamina supaya pencernaan dan penyerapan karbohidrat dapat berfungsi sepenuhnya.

Kekurangan tiamina

Kekurangan tiamina menyebabkan:

1)      Tidak selesa, hilang selera makan, letih, kurang konsentrasi, dan kurang daya ingatan.

2)      Pertumbuhan kanak-kanak terbantut

3)      Radang saraf

4)       Penyakit beri-beri yang membuat badan pesakit bengkak-bengkak, merasa terlalu penat, kurang berat tubuh, lemah otot terutamanya pada kaki, buku lali dan pergelangan tangan


  • Riboflavin (Vitamin Bշ)

Riboflavin terkandung dalam dadih susu dan putih telur. Vitamin ini stabil paad haba an asid tetapi musnah apabila dipanaskan daalm larutan alkali.

Fungsi riboflavin

1)      sebagai koenzim dalam proses pencernaan dan penyerapan karbohidrat dan protein

2)      mengawal pertumbuhan yang normal

Keperluan harian riboflavin

Orang dewasa dan remaja memerluakn lebih riboflavin untuk menambahkan tenaga dibandingkan dengan kanak-kanak kecil dan orang tua.

Kekurangan riboflavin

Kekurangan riboflavin menyebabkan:

1)      Pertumbuahn terbantut

2)      Mulut dan bibir pecah-pecah dan berair serta bengkak

3)      Mata menjadi sensitive kepada cahaya dan barair lalau menjejaskan penglihatan

4)      Kulit melepuh dalam keadaan yang serius

Berlebihan riboflavin

Berlebihan riboflavin tidak mendatangkan sebarang kesan kerana vitamin ini tidak disimpan di dalam tubuh

  • Asid nikotik /niasin (Vitamin Bპ)

Asid nikotik stabil dalam haba sederhana , cahaya, pengoksidaan, dan alkali tetapi akan hilang sedikit semasa proses memasak.

Fungsi asid nikotik

1)      Sebagai koenzim untuk membebaskan tenaga

2)      Menentukan sistem saraf sentiasa sihat

3)      Menentukan proses pencernaan berfungsi dengan baik

Keperluan harian asid nikotik

Keperluan asid nikotik dalma sajian mempunyai kaitan dengan aktiviti. Contoh, kanak-kanak dan orang lelaki dewasa memerlukan lebih asid nikotik kerana mereka lebih aktif. Ibu yang hamil memerluakn lebih asid nikotik.

Kekurangan asid nikotik

Kekurangan asid nikotik menyebabakan:

1)      Pembesaran terbantut

2)      Gangguan pada sistem pencernaan mengakibatkan cirit-birit

3)      Pellagra iaitu penyakit kulit pada tangan dan leher


  • Piridoksin (Vitamin Bб )

Pridoksin diperoleh daripada yis dan bijirin. Pridoksin musnah oleh haba dan cahaya.

Fungsi pridoksin

1)      Menjadi koenzim dalam proses pencernaan dan penyerapan  protein dalam pembentukan asid amino

Keperluan harian pridoksin

Keperluan pridoksin adalah sedikit tetapi penting dalam sajian harian

Kekurangan pridoksin

Kekurangan pridoksin jarang berlaku kecuali dalam keadaan serius yang menyebabkan otot bayi kejang.



  • Kobalamin (Vitamin Bյշ)

Kobolamin mengandungi kobalt yang diperlukan untuk mencegah penyakit anemia. Kobolamin diperoleh daripada sumber haiwan seperti daging, susu, ikan, dan telur. Kobolamin musnah dalam larutan alkali dan cahaya.

Fungsi kobolamin

Membantu pembentukan sel darah merah

Keperluan harian kobolamin

Walaupun vitamin ini penting tetapi jumlah yang dieprlukan adalah sedikit

Kekurangan kobolamin

Kekurangan kobolamin menyebabkan:

1)      Mulut dan lidah berkudis, tangan menjadi kebas dan fungsi saraf terganggu

2)      Anemia pemisius iaitu apabial sel darah merah tidak mempunyai bentuk yang normal


  • Asid folik

Asid folik mengandungi bahan kimia iaitu kobalt

Fungsi asid folik

1)      Membantu pembentukan sel darah merah

2)      Membantu penyerapan and pencernaan protein

Keperluan harian asid folik

Jumlah yang diperlukan adalah sedikit tetapi penting dalam sajian harian

Kekurangan asid folik

Kekurangan asid folik menyebabkan anemia iaitu sel darah merah berkurangan dan musnah

Asid Askorbik (Vitamin C)

Asid askorbik adalah vitamin yang stabil dalam sayur-sayuran daun hijau dan buah-buahan segar tetapi musnah apabila layu dan dimasak. Kandungan asid askorbik dalam bauh-buahan mudah musnah apabial dikupas, diparut, direndam, dan diawet. Asid askorbik mudah musnah juga jika terdedah kepada cahaya, haba, dan alkali.

Fungsi asid askorbik

1)      Membina tisu perantara

2)      Membantu penyerapan mineral ferum untuk pembentukan hemoglobin

3)      Mengukuhkan dinding saluran darah

4)      Membantu pembinaan tulang dan gigi yang kuat

5)      Membina dan memelihara kulit dan lapisan saluran sistem pencernaan

6)      Mengelakkan jangkitan penyakit dan menyembuhkan penyakit dengan cepat

Keperluan harian asid askorbik

Wanita hamil dan ibu yang menyusukan memerlukan kadar asid askorbik yang lebih daripada orang biasa untuk pembentukan hemoglobin. Asid askorbik lebih banyak diperlukan selepas pembedahan dan kecederaan kerana vitamin ini mempercepatkan penyembuhan dan membantu penyerapan miberal ferum

Kekurangan asid askorbik

Kekurangan asid askorbik menyebabkan:

1)      Tisu perantara tidak dapat dibentuk dengan sempurna

2)      Dinding saluran darah menjadi lemah dan pecah

3)      Lemah anggota tubuh, tidak selesa, bias otot serta sendi, dan kurang berat tubuh

4)      Skurvi iaitu kulit menjadi kering dan kasar, gigi longgar dan gusi berdarah

5)      Luka, lebam, dan kudis lambat sembuh

6)      Anemia kerana mineral ferum tidak dapat diserap

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.